Apa cerita dengan sketch up your life ni?...
Suami kata dia nak mulakan satu hobi sendiri memandangkan saya sedang ligat dengat crochet... Dia kata nak melukis sebab dulu2 dia pernah melukis... Saya sokong keinginan dia....
Semalam kami beli alat2 asas melukis; pensel warna dan kertas lukisan. Siang tadi saya potong2kan kertas lukisan B2 kepada 4 bahagian kecil.
Tadi suami mulakan aktiviti melukis dia... Inilah dia hasilnya....
Cantik tak?..
Saya pulak, seperti biasa , sentiasa cari peluang nak menyukarkan kehidupan saya... Apa dia cahaya mentol yang keluar dari kepala saya?...
Kenapa saya tak nak cuba juga melukis?... :)
Hahaha.....
Kenapa saya gelak?.. Sebab, dalam banyak2 benda kat dalam dunia nih, melukis le di antara benda2 yang saya tak pernah bermimpi nak buat sebab setahu saya, saya memang tak pandai melukis..
Tapi.... Seperti kata Mawi dalam Filem Magika...
"Tiada yang mustahil dengan kuasa imaginasi"
Tak rugi untuk mencuba.. Betul tak?..
Jadi, tengahari tadi saya shopping alatan saya pulak; beberapa batang pensel, pemadam dan pengasah pensel..
Saya guna 3 contoh dalam buku lukisan suami untuk panduan ....
Dan hasilnya....
Jeng... Jeng.. Jeng...
Inilah lakaran pertama saya....
Ini lak dua lakaran saya yang seterusnya..
So, macamana?.. Boleh tak saya teruskan mengasah bakat di hujung pensel nih?..:)
Seterusnya kemaskini aktiviti crochet saya sepanjang minggu lepas...
Cardigan Fatihah... Baru siap lengan sebelah tapi benang dah habis....
Topi Asiah pun separuh jalan sebab benang setongkol dah habis...
Dua helai Granny square untuk beg buku suami....
Cukup setakat ini...
Salam...
YOUR CREATIONS ARE VERY NICE..KEEP IT UP DEAR
ReplyDeleteHi Creative Mind,
ReplyDeleteThank very much for visiting my blog.
I'm trying to do some justice to my creative side whenever possible..:)