Assalamualaikum wb..
Saya nak kongsi hasil crochet yang berjaya saya selesaikan hujung minggu lepas. Pattern dia saya dapat dari sini,
All About Ami.
Ini bukan kali pertama saya cuba buat kepala beruang ni. Saya dah pernah buat dulu2 waktu saya mula berjinak2 kembali dengan dunia crochet.
 |
| Percubaan pertama. |
Sekarang bila dah yakin sikit, saya nak cuba buat betul2..
 |
| Dah nak siap. Masukkan isian lembut sebelum ditutp sepenuhnya. |
Untuk stuffing ni, saya masukkan juga perca lebihan kain jahitan. Tu yang buat dia lebih padat berbanding kepala bear yang saya buat sebelum ni.
 |
| Dah padat, tutup sepenuhnya dan gunting lebihan benang |
 |
| Nampak cantik je bentuk bulat dia kan... Mungkin sebab perca kain tu kot. |
Bila sampai bahagian nak jahit telinga ni, saya mula gelabah. Tak tahu macamana nak jahit supaya nampak macam contoh di laman web tu. Saya godek2 youtube dan jumpalah klip video ni
Making Bear Ear. Alhamdulillah berjaya.
Hasilnya....
Mata tu sepatutnya guna safety eye yanh khas untuk plush toy/ softies. Saya memang ada benda ni, tapi tak dapat pakai. Tak tahu la memang benda tu bermasalah atau saya yang tak pandai pakai. Lepas tu saya nak pakai wiggle eye, tapi bila nak pasang, kecil sangat macam tak sesuai lah pulak. Akhirnya saya buat jahit silang je guna benang kait warna hitam. Fatihah kata macam bear dah mati. :)
Saya letak dua2 versi bear bersebelahan.. Ada perbezaan tak?..
Lepas tu saya pasang jump ring kat kepala tu, sambungkan rantai dan masukkan jump ring besar..
Tadaaa....
 |
| Rantai Kunci Kepala Bear |
Selamat mencuba..