Showing posts with label Paper Cutting. Show all posts
Showing posts with label Paper Cutting. Show all posts

Wednesday, 12 October 2011

Pasu mini hiasan meja



Assalamualaikum wb...

Akhir- akhir ini saya cenderung terhadap kraf dari bahan- bahan terpakai seperti cawan kertas dan cawan plastik kecil bekas promosi makanan di pasaraya.

Sebab tu lah terhasilnya bekas serba guna dari cawan kertas Starbucks hari tu.

Kali ni sedang dalam peringkat akhir menyiapkan pasu mini hiasan meja dari bekas sukatan ubat sirap. Idea buat ni saya kumpulkan dari pelbagai projek di internet. Jadi saya tak dapat bagi link sebab saya tak ada projek tertentu yang dirujuk.

Bahan2:

Bekas sukatan ubat sirap
Batang pencungkil
Plastisin
Kertas pembungkus hadiah
Mata patung
Tali kraf buku skrap
Kotak tebal
Foam kraf berglitter
 Cat poster
 Gam
Masih ada satu lagi toothpick yang belum tahu nak letak apa...


 Saya juga sedang dalam percubaan pertama mengait bekas simpan pensil dari botol minuman yogurt. Link untuk tutorial  asal projek ni boleh diperolehi di bahagian My Favourite Tutorial Link kat sudut atas kiri blog ni.
Latarbelakang adalah permainan kegemaran saya di FaceBook; Treasure Madness... :) Sambil menyelam, sambil mengait..

Harap2 kedua2nya akan dapat disiapkan dalam masa yang terdekat.

Thursday, 6 October 2011

Hadiah untuk cikgu

Assalamualaikum wb...

Hadiah untuk cikgu pelatih Fatihah yang hari ini merupakan hari terakhir mengajar.

Asalnya cawan kertas "Starbuck".

Saya gunakan kertas tisu, gam, serbuk glitter, pembungkus hadiah terpakai, bunga crochet dan butang.

Cawan Kertas Starbuck yang telah ditransform kepada Bekas Pelbagai Guna Pooh



    

























































   













  






     


                                                   
Butang digamkan pada bunga crochet untuk hiasan


 Selamat mencuba.

Mission Accomplished

  • Bigger Stationery Pouch (Hubby)
  • Pencil Pouch (Maryam)
  • Stylish Pen Case (Hubby)

My Card Making Blog List

My Blog List