Showing posts with label keychain. Show all posts
Showing posts with label keychain. Show all posts

Monday, 9 April 2012

Donut and bird keychain

Assalamualaikum wb...

After hoarding the supplies for quite some time, today I brave myself to turn my precious felt into something.

Yes, that is my major problem. I bought a lot of craft supplies but I didnt have the strength to use them. This is just because it is so hard to get them locally.

But, today I think I have learnt something. We will only give justice to all the craft supplies by transforming them into something beautiful.

The link for the bird pattern is here and for donut turorial  is here. Thanks very much guys for sharing the tutorials with the rest of the world.


Wednesday, 26 October 2011

Hello Kitten

 Assalamualaikum wb...

Kali ni cuba pulak nak buat Hello Kitten. Saya ikut free pattern kat internet.  Saya save file pdf hari tu dan lupa pulak nak ambik link. Search balik dalam internet tak jumpa pulak address dia. Nanti kalau dah jumpa saya masukkan kat sini. Pattern ni memang dijamin cantik terutama bahagian telinganya. Klik kat sini kalau nak dapatkan pattern dalam bentuk pdf.

Sepatutnya ni adalah fridgie, tapi saya rasa sayang pulak nak jadikan fridgie. Tu yang saya buat keychain. Untuk rujukan saya, pattern untuk buat telinga dia memang sesuai untuk telinga Hello Kitten ni.

Ikut pattern, mata dia guna black bead tapi saya potong guna kain felt hitam dan jahit terus benang hitam dia jadi misai. Hidung guna benang kait warna kuning. Riben pulak guna felt merah dijahit ke kepala kucing tu.

Untuk  menjadikan bentuk dia leper, (kat dalam gambar tak dapat bezakan sangat), saya masukkan kotak yang digunting ikut bentuk kepala tu dua keping sebelum ditutup kaitan tu.

Sebenarnya memang dah lama saya nak buat kepala kucing ni sebab comel sangat tapi belum ada keyakinan nak buat banyak sangat benda hiasan kucing tu. Jadi, untuk percubaan pertama ni, saya puas hati.

Dan seperti biasa prototype saya ni akan menjadi hakmilik kekal Asiah. Sebaik je siap, benda2 tu akan terus berada di genggamannya. Hello Kitten ni dia dah siap bawak main basikal kat depan rumah. Dah lah benang  tu putih. Dah nak kelabu dan saya tengok.

Jumpa lagi.

Kemaskini dengan pautan pattern pada 27/10/2011

Thursday, 20 October 2011

Rantai Kunci dari Craft Foam

Assalamualaikum wb...

Hujung minggu lepas waktu sessi kreatif bersama anak2, kami sempat buat rantai kunci dari craft foam.


Bahan2:

Craft Foam
 Kertas Tisu

Cat poster
gam

1. Mula- mula, potongkan craft foam mengikut bentuk yang diinginkan. Bolah guna templet atau secara bebas. Maryam nak buat buah oren. Jadi saya buat je ikut bentuk bulat mana2 penutup botol yang ada. Fatihah pulak nak buat tembikai. Dia dah siap2 lukis sendiri bentuk tembikai tu. Bentuk hati pulak saya buat ikut tangan bebas aje. Lipat foam kepada dua dan gunting bentuk separuh hati.

2. Kemudian sapukan gam pva kat foam tu. Lepas tu balut dengan kertas tisu dan biarkan kering. Untuk bentuk hati tu, saya gamkan kertas putih terlebih dahulu. Kemudian saya lapiskan sekali lagi dengan kertas tisu.

3. Bila dah kering, catkan bentuk2 tadi mengikut kemahuan sendiri.

4. Bila cat kering, semburkan dengan penyembur cat tanpa warna supaya ia berkilat dan lebih tahan.

5. Bila dah siap, buatkan lubang dan pasangkan rantai kunci.

Hasilnya......
Dah jadi rantai beg Asiah
Ni pulak rantai kunci buah oren Maryam. Bentuk hati untuk hadiah harijadi kawan Fatihah. Saya bubuh glitter dan tulis sikit pakai pen silver.
Boleh jadi aktiviti bersama anak2 yang mudah untuk dibuat bersama2.

Selamat mencuba.

Monday, 17 October 2011

Kepala Bear Crochet

 Assalamualaikum wb..

Saya nak kongsi hasil crochet yang berjaya saya selesaikan hujung minggu lepas. Pattern dia saya dapat dari sini, All About Ami.


Ini bukan kali pertama saya cuba buat kepala beruang ni. Saya dah pernah buat dulu2 waktu saya mula berjinak2 kembali dengan dunia crochet.

Percubaan pertama.


Sekarang bila dah yakin sikit, saya nak cuba buat betul2..
Dah nak siap. Masukkan isian lembut sebelum ditutp sepenuhnya.
Untuk stuffing ni, saya masukkan juga perca lebihan kain jahitan. Tu yang buat dia lebih padat berbanding kepala bear yang saya buat sebelum ni.
Dah padat, tutup sepenuhnya dan gunting lebihan benang

Nampak cantik je bentuk bulat dia kan... Mungkin sebab perca kain tu kot.
Bila sampai bahagian nak jahit telinga ni, saya mula gelabah. Tak tahu macamana nak jahit supaya  nampak macam contoh di laman web tu. Saya godek2 youtube dan jumpalah klip video ni  Making Bear Ear. Alhamdulillah berjaya.

Hasilnya....


Mata tu sepatutnya guna safety eye yanh khas untuk plush toy/ softies. Saya memang ada benda ni, tapi tak dapat pakai. Tak tahu la memang benda tu bermasalah atau saya yang tak pandai pakai. Lepas tu saya nak pakai wiggle eye, tapi bila nak pasang, kecil sangat macam tak sesuai lah pulak. Akhirnya saya buat jahit silang je guna benang kait warna hitam. Fatihah kata macam bear dah mati. :)




Saya letak dua2 versi bear bersebelahan.. Ada perbezaan tak?..


Lepas tu saya pasang jump ring kat kepala tu, sambungkan rantai dan masukkan jump ring besar..

Tadaaa....


Rantai Kunci Kepala Bear
Selamat mencuba..







Sunday, 16 October 2011

Aktiviti Kreatif Di sana sini


 Assalamualaikum wb..


Sabtu lepas suami ada kelas. Jadi, saya dan anak- anak takkan ke mana2. Awal2 saya dah buat perancangan nak buat sessi kreatif bersama anak- anak. Saya beli cat poster untuk anak2 yang besar sikit, dan cat air untuk Asiah.

Untuk lebih selesa, kami buat kat depan ruma, kat tempat letak kereta.

Ini dia aksi2 anak2 semasa sesi kreatif keluarga.

Anak2 sedang asyik dengan aktiviti masing2.
Asiah yang kidal
Lukisan hasil seni Asiah. Nama tu Kakak yang buat. Asiah belum pandai menulis lagi..
Makan tetap tidak dilupakan... :)

Maryam dan Asiah...
 
Yang ni pulak rantai kunci dari craft foam. Buah oren tu pilihan Maryam, Hati Merah Jambu pulak saya buat untuk hadiah kawan Fatihah.



Thursday, 10 March 2011

Bunny key chains dan lain2...

Assalamualaikum wb.

Kemaskini aktiviti sepanjang minggu lepas.




Akhirnya saya berjaya siapkan bunny keychain tempahan kawan Fatihah setelah sekian lama.... Dah nak merajuk dah budak2 tu.. Maaf lah ya anak2... Auntie ni memang lambat sikit.. Baru nak panaskan enjin....

Ni pulak kopiah Syazwan yang ada nama tu... Tapi Syazwan belum boleh pakai la... Kata Mamanya, ada besar sedikit.... Sorry Sayzwan... Jangan serik ya...




Yang ni pulak ialah mini dress Maryam... Merengek2 sebab saya buatkan 2 mini dress untuk kawan2 Fatihah (tak sempat ambik gambar).... Ni saya buat dengan teknik anyaman (tapestry) yang saya baru belajar bila buat kopiah Syazwan. Rasa macam teruja lak dengan teknik ni ....



Ni pulak projek lama, beg syiling.. Saya buat waktu mula2 belajar hari tu... Tapi tak sempat siap sebab Asiah dah tak boleh tahan nak main...

Ini pulak ialah Pen drive case pelbagai warna yang saya buat sebagai percubaan. Kira pola saya sendiri sebab main cuba2 jer tanpa merujuk mana2 pattern sedia ada. Dah buat lama tapi belum sempat nak upload. Minggu lepas saya sempat buatkan satu untuk abang saya yang kebetulan balik kampung. Pun tak sempat ambik gambar.

Setakat ini sahaja perkembangan kali ini... :)

Salam...

Tuesday, 22 February 2011

Pendrive case dan keychain

Keychain gaun mini dah tergantung di beg Fatihah..


Di antara percubaan awal saya sebaik sahaja faham bahasa crochet ....


Pen drive case ni saya reka sendiri... Bunga lak saya ambil pattern dari internet...


Banyak lagi pattern mini dress ni yang belum saya cuba...


Layan......

Thursday, 17 February 2011

Flower key cozy


Alhamdulillah dah siap.... 99%.. hehe..

Sebab sepatutnya ada bunga.. tak sabar2 lah pulak nak kongsi kat sini...


Yang istimewanya benda ni, kalau kita tarikkan tali merah dia ke luar, kunci2 kita tak nampak dah... Jadi, nampak le kemas dan comel, kan...

Ni pandangan dari sudut atas. Saya perolehi pattern dia dari link kat bawah ni. Pattern ni dia beri secara percuma dan sapa2 boleh jualkan barang ni tetapi tak boleh jual pattern dia. Tapi kita boleh edarkan pattern ni secara percuma. Memang baik hati dia ni.. :)

Mungkin saya akan cuba buat dua tiga versi yang berbeza. Seronok buat sebab dia boleh siap dalam jangka masa yang pendek. Kalau buat projek yang perlu masa lama memang saya berat sikit. Silap2 jadi UFO (UnFinished Object) lak.

The original pattern is available on the blog of K and J Dolls: http://kandjdolls.blogspot.com

Selamat cuci mata...

Salam...

Mission Accomplished

  • Bigger Stationery Pouch (Hubby)
  • Pencil Pouch (Maryam)
  • Stylish Pen Case (Hubby)

My Card Making Blog List

My Blog List