Showing posts with label tapestry. Show all posts
Showing posts with label tapestry. Show all posts

Friday, 11 March 2011

Camera Cosy

Assalamualaikum wb.

Apa pulak cerita kali ni?.

Tengahari tadi, saya tiba2 datang ilham nak buat sesuatu yang menggunakan benang lebih dari dua warna. Tapi tak berani nak buat yang leper. Jadi, saya terus capai jarum kait dan tiga benang dari beg (dua tiga menjak ni memang bawak benang dan jarum pergi kerja).

Saya terus je mengait tanpa merancang apa yang saya nak buat dan corak apa yang akan muncul.

Hasilnya?....


Tadaa.....



Inilah beg kamera digital atau camera cozy saya yang pertama dihasilkan....


Ada flap dan butang.. Flap tu saya mengarut jer buat..


Kat atas dia ada lubang utk bubuh tali kamera... Tali tu tak bersambung dengan kamera pun.. :).. Dah kamera nya digunakan untuk tangkap gambar ni.. :)



Ni pulak corak di bahagian belakang...




Dan yang ni ialah tuan puteri kecil saya.. Sila abaikan pemandangan yang menjadi latar belakang.. :)

Salam....

Thursday, 10 March 2011

Apa ni?

Assalamualaikum wb....




Tiba2 pulak saya rajin upload hari ni...

Apa yang saya buat nih?...

Cuba teka... Tapi tak berani nak tawarkan hadiah kalau betul sebab door gift yang dijanjikan pun belum ditunaikan...




Ni pulak saya ambil gambar jarak dekat sedikit... Tapi memang tak nampak, kan?...

Sebab benda ni saya hentikan dulu separuh... Pening kepala.... :)..

Ini merupakan percubaan pertama saya (lagi sekali pertamanya) untuk buat crochet dua benang dalam bentuk flat (leper ke?.. ) sebab hari tu saya buat dalam bentuk bulat bersambung (kopiah). Seperti biasa, ambil jalan selamat dengan cuba buat benda yang kecik je...

Kalau bentuk bulat bersambung rasanya lebih mudah berbanding dengan leper kerana dia tak payah dikait berulang alik... Pusing jer sampai habis...

Kita tengok nanti jadi tak seperti yang dirancangkan... Saya siap buat guna kertas graf lagi.. Tak dapat jadi pro, guna macam yang pro buat pun jadi lah....

Buku Colour Harmony pun ada.. Jangan main2.. :)

Okaylah... Nanti kita cerita panjang lagi bila dah siap.. Harap2 nya dalam jangka masa yang terdekat.....

Salam....

Bunny key chains dan lain2...

Assalamualaikum wb.

Kemaskini aktiviti sepanjang minggu lepas.




Akhirnya saya berjaya siapkan bunny keychain tempahan kawan Fatihah setelah sekian lama.... Dah nak merajuk dah budak2 tu.. Maaf lah ya anak2... Auntie ni memang lambat sikit.. Baru nak panaskan enjin....

Ni pulak kopiah Syazwan yang ada nama tu... Tapi Syazwan belum boleh pakai la... Kata Mamanya, ada besar sedikit.... Sorry Sayzwan... Jangan serik ya...




Yang ni pulak ialah mini dress Maryam... Merengek2 sebab saya buatkan 2 mini dress untuk kawan2 Fatihah (tak sempat ambik gambar).... Ni saya buat dengan teknik anyaman (tapestry) yang saya baru belajar bila buat kopiah Syazwan. Rasa macam teruja lak dengan teknik ni ....



Ni pulak projek lama, beg syiling.. Saya buat waktu mula2 belajar hari tu... Tapi tak sempat siap sebab Asiah dah tak boleh tahan nak main...

Ini pulak ialah Pen drive case pelbagai warna yang saya buat sebagai percubaan. Kira pola saya sendiri sebab main cuba2 jer tanpa merujuk mana2 pattern sedia ada. Dah buat lama tapi belum sempat nak upload. Minggu lepas saya sempat buatkan satu untuk abang saya yang kebetulan balik kampung. Pun tak sempat ambik gambar.

Setakat ini sahaja perkembangan kali ini... :)

Salam...

Mission Accomplished

  • Bigger Stationery Pouch (Hubby)
  • Pencil Pouch (Maryam)
  • Stylish Pen Case (Hubby)

My Card Making Blog List

My Blog List