Showing posts with label jahitan. Show all posts
Showing posts with label jahitan. Show all posts

Sunday, 29 January 2012

Penanda buku Angry Bird

Assalaamualaikum wb...

Tengahari tadi saya ajak suami singgah di Main Bazaar. Sekarang rasa nak mencuba kraf yang sedikit berbeza dari yang pernah saya buat, iaitu menyulam.

Kalau menyulam, konon2nya kena ada lingkaran yang dipanggil hoop. Jadi, petang tadi saya nak cari hoop (ke loop?).

Tak jumpa hoop tapi bertembung dengan pink shear (gunting zig-zag)yang dah lama saya bercita2 nak miliki.

Balik rumah terus cuba buat projek kraf dengan gunting tu.

Hasilnya......


Pada mulanya saya nak buat lubang pakai eyelet( betul ke nama benda ni, saya pun dah lama tak pakai sampai lupa namanya), tapi cari punya cari, tak jumpa pulak. Ni lah akibatnya bila dah pakai selit je.

Jadi, akhirnya terpaksalah berpuas hati dengan penanda buku yang tak bertali.

Monday, 23 January 2012

Menyambung kolar

Assalamualaikum wb...

Kali ni saya cuba buat langkah bergambar pulak. Harap2 taklah tambah celaru. Saya cuba gunakan software yang saya baru download.

Sunday, 22 January 2012

Pasang kolar

Assalamualaikum wb...

Masih cerita baju sekolah Fatihah. Dah siap potong kain berdasarkan lukisan paten dan potong bahagian kolar.

Sekarang sedang proses nak pasang kolar. Rasanya lain orabg lain caranya. Saya lebih suka sambungkan dulu kolar kat bahagian2 baju tu, lepas tu baru jahitkan setiap bahagian badan.

Bila nak sambungkan kolar, lekatkan "right side" (RS) dengan jarum semat dulu. Gambar kat bawah untuk lebih mudah faham. Kemudian baru jahit dengan mesin.

Jumpa lagi.

Saturday, 21 January 2012

Baju sekolah Fatihah

Assalamualaikum wb...

Dah tiga minggu sekolah bermula tetapi hari tu saya cuma sempat buat baju sekolah Maryam dan untuk Fatihah pula saya hanya belikan baju kurung sekolah kat kedai.

Sekolah anak2 saya ni, hari biasa pakai baju putih belah tepi dan seluar panjang manakala pada hari jumaat pakai baru pakai baju kurung.

Maryam saya buatkan baju sekolah baru mengenangkan dia baru masuk sekolah tahun satu tahun ni. Kalau nak diikutkan dia boleh sambung baju lama Fatihah. Baju kurung jumaat dia sambungkan pakai baju lama Fatihah.

Fatihah saya belikan baju kurung kat kedai sebab baju tu singkat untuk dia. Inilah dia akibatnya bila buat kerja saat akhir.

Jadi hari ni saya kuatkan hati dan semangat untuk mula buatkan baju sekolah hari biasa untuk Fatihah. Nak beli kat kedai memang tak ada jual. Memang kesian tengok Fatihah pakai baju lama dia yang memang dah singkat. Alhamdulillah lah Fatihah memang tak cerewet dengan barangan sekolah dia.

Lagipun memang kami cuba terapkan masuk tahun baru sekolah tak semestinya barangan baru. Syarat untuk beli barang sekolah baru ialah ia dah tak boleh pakai dah.

Ni sebenarnya tengah "take five". Baru je siap buat pattern dan susunkan pada kain.

Sunday, 1 January 2012

Kes serius

Assalamualaikum...

Ini memang kes serius. Baru nak buat baju sekolah. Esok dah nak mendaftar. Sempat lagi nak kongsi pembaris kesayangan saya yang banyak membuat saya menyiapkan pelbagai jahitan saat akhir.

Saya suka sebab pembaris ni mudah dilentur dan telus pandang aka transparent.

Mari teruskan kerja.

Jumpa lagi nanti.

Sunday, 23 October 2011

Jubah mamaku

 Assalamualaikum wb..

Sebenarnya lamaaaaa sangat mak saya mintak tolong saya potongkan jubah- jubahnya yang terlebih labuh. Memang lama betul.. Tapi, menjadi seorang "saya" yang suka sangat tangguh- tangguh kerja (tabiat tak baik saya ni tak tau bila nak berubah..:), sampai la ni tak bergerak benda tu.. mak pun dah tak larat nak tanya khabar jubah dia.

Jadi, hari ni saya kuatkan semangat untuk selesaikan tugasan ni supaya jiwa saya rasa lebih tenang (sebab dah tak "berhutang"). Sebab yang nak dibetulkan tu ada empat, ringan pulak tangan saya nak rakamkan proses ringkasnya untuk dimasukkan sebagai salah satu aktiviti kreatif saya di blog ni.


Mula2, ambil ukuran yang betul. Mak saya bagi satu jubah untuk dijadikan contoh.
Lepas ambil  satu sukatan dari bahu, saya ambil pulak sukatan dari bawah.  Senang sikit nak ukur dan potong.
Dah dapat sukatan, potong la... :)

Ni lah hasilnya. Jubah mak saya yang dah disembelih.
  
Jahit sisi dulu supaya hujung jubah lebih kemas dan mudah dijahit. Sila abaikan habuk2 kain yang ada kat kaki mesin tu.. :). Lebihan buat baju raya hari tu...

Bila dah kemas sisi kain, lipat dulu hujung kain dalam 1 - 1 1/2 cm dan sematkan jarum peniti supaya senang semasa menjahit. Tak perlu banyak sangat. Sekurang2nya kat tempat jahitan jubah dan di tengah2 bahagian depan dan belakang jubah. 
Lagi satu, semasa sedang menjahit, pastikan bahagian yang sisip jarum peniti tu selari tempat jahitannya. Ini mengelakkan semasa dah siap menjahit nanti, kelim kat kaki jubah tu berbelit2.


Dah selesai pun.

Wednesday, 12 October 2011

Perca Kain

Assalamualaikum wb..

Idea!!!!!!!.... :)

Hari ni saya salah satu dari blog yang saya ikuti membuat entri mengenai projek Pengesat Kaki dari Baju T terpakai yang telah dimulakannya pada Mei 2011 lepas.


Tutorial penuh diperolehi dari laman web V and Co. berdasarkan projek Bantal Sofa.



CAntik, bukan?......

Saya rasa saya boleh manfaatkan perca- perca kecil kain lebihan pakaian raya yang simpan setiap tahun dengan niat nak buat kraf tapi sampai sekarang belum ada sebarang hasil lagi.

Hmmm... Mungkin Pengesat kaki seperti projek di atas atau sekadar hiasan sahaja. Semoga kita sama- sama berpeluang melihat idea ini menjadi kenyataan.. :)

Mission Accomplished

  • Bigger Stationery Pouch (Hubby)
  • Pencil Pouch (Maryam)
  • Stylish Pen Case (Hubby)

My Card Making Blog List

My Blog List