Thursday, 24 February 2011

Kait Jarum Satu



Salam....

Kalau nak tahu, dalam bahasa Melayu, Krosye atau Crochet ni disebut kait jarum satu. Saya rasa mungkin sebab dibandingkan dengan knitting yang menggunakan dua jarum, krosye ni cuma memerlukan satu jarum je.

Sebut pasal knitting ni, saya sebenarnya pernah jugak cuba nak belajar. Sehingga saya beli dua jarum dan sebuah buku. Tapi rasanya, setakat ni saya rasa saya tetap lebih seronok buat kait jarum satu ni.

Knitting tu memang cantik hasil dia, tapi rasa sukar berbanding krosye sebab krosye ada cangkuk kat hujung jarum dia. Kalau knitting tu, licin jer... Mungkin saya belum biasa lagi kot. Tapi saya tetap nak kata krosye lebih mudah... Sebab saya boleh pandai mengait tanpa orang ajar pun. Waktu kecik pulak tu. Knitting ni, siap ada buku dan saya belajar waktu dah keluar uni, tapi tak jugak reti2....

Entahlah... Tapi setakat ni memang rasa serikk nak belajar knitting balik..Mungkin esok lusa, bila dh hilang seriknya dan dan mula jemu dgn krosye, saya cuba semula. Tapi lambat lagi kot, sebab banyak lagi benda krosye yang saya belum cuba.. hehe...

Sebenarnya saya saja je buat entri ni sementara nak tunggu kopiah Syazwan yang ada nama tu siap.. Bila agaknya ya... Sekarang ni pun tengah buat penyelidikan macamana nak buat yang ada nama tu...



Kali ni mama Syazwan nak warna cream lak. Saya memandai2 jer guna warna yang terang sikit. Lagi cantik, kan?.... Benang yang saya pakai ni ialah jenama Minlon. Selama ni pun saya belum pernah jumpa benang jenama lain kat tempat saya. Memang minlon je le. Tapi saya tengok dalam internet, macam2 jenis benang yang ada.

Nantilah, kalau saya dah ada jarum yang sesuai dan dah pandai sikit, teringin jugak saya nak cuba benang2 tu. Kalau tengok harga memang jauh lebih mahal dari benang yang saya pakai sekarang, sebab tu rasa sayang nak cuba sekarang. KAng rosak pulak benang tu... :)

Sampai jumpa lagi...

Salam...

2 comments:

  1. salam.

    kat mana beli buku ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Oimira,

      Sekarang ni memang dah sukar cari buku ni. Terbitan lama. Tapi hari tu sekali saya ada terjumpa dan belikan untuk kawan kat sebuah kedai buku tempatan semasa saya outstation kat Sibu.

      Berminat ke dengan buku ni? Kalau berminat, saya boleh tolong intai- intaikan bila ada kesempatan.

      Delete

Mission Accomplished

  • Bigger Stationery Pouch (Hubby)
  • Pencil Pouch (Maryam)
  • Stylish Pen Case (Hubby)

My Card Making Blog List

My Blog List