Monday, 1 August 2011

Sambal Cicah Pelbagai Guna

2 Ramadhan 1432 H.


Assalamualaikum wb.

Saya rasa ini merupakan kali pertama saya menggunakan ruang kreatif saya untuk tujuan kraf masakan. Sebabnya, saya memang tak reti nak masak. Apatah lagi nak mengkreatifkan perkara2 yang brkaitan dengan masakan.

Tapi memandangkan cicah ni memang setakat ni berjaya membuka selera saya dan suami terutama semasa bersahur, saya rasa terpanggil untuk berkongsi kat sini.

Memang semestinya resepi (Chheeh, ada hati nak sebut resepi) ni orang lain pun dah pernah buat sebab amat mudah, tapi saya nak kongsi kat sini sebab ia adalah hasil kreatif saya sendiri tanpa merujuk kepada mana- mana tempat... (sebetulnya, saya tanya suami sikit2.. :)...

Resepi ni saya namakan Cicah Pelbagai Guna sebab boleh disesuaikan dengan apa sahaja hidangan. Setakat ni saya gunakan untuk perasa mi segera, nasi goreng dan pastinya lauk- lauk pelbagai sajian; ikan, ayam - kukus atau goreng)..


Bahan- bahannya:

5 ulas bawang merah (dikupas)
4 ulas bawang putih (dikupas)
cili padi (bergantung kepad tahap pedas yang dihajati)
Kicap manis Kipas Udang
Asam jawa
Sedikit sos cili


(Sebenarnya bahan2 tu ikut pakai sedap jer, tapi kalau nak jugak sukatan dia, ikut kat atas lah ya..)


Cara Membuatnya:

1. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan cili. Tak payah hancur sangat.
2. Lepas tu masukkan le kicap manis ikut sebanyak mana cicah yang kita inginkan.
3. Masukkan sedikit sos cili (dalam sesudu)
4. Akhir sekali masukkan air asam jawa ikut tahap kemasaman yang anda suka.

Tada... Dah siap untuk dihidangkan...

Mesti ada yang tertanya2, memang tak pakai limau yek?... Ya betul.. Saya cuma gunakan asam jawa.... Asalnya memang terciptanya resipi ni sebab waktu tu tak ada limau dalam simpanan.

Tapi lepas tu memang saya terus gunakan air asam jawa walaupun ada limau dalam peti sejuk sebab saya rasa ia lebih sedap dan tak terlalu masam.

Okay.. Selamat mencuba.. :)

Wednesday, 13 July 2011

Handphone charm and ribbon bookmark

Assalamualaikum wb.

Kali ni nak kongsi kraf terbaru saya.


1. Hand phone charm



Saya buat khas untuk pembantu saya yang nak balik kampung sabtu nih.


Saya gunakan huruf2 yang mewakili nama anak2 saya; Fatihah, Maryam dan Asiah.


Lepas tu saya sambungkan pulak charm2 yang ada dalam stok saya setakat ini; hello kitty, bear dan love.

Handphone tu hadiah dari kami sebab dia sambung setahun lagi hari tu.


2. Penanda buku riben berbutang


Petang tadi saya beli pengecat kuku. Mesti pelik penjual kt kedai tu tengok saya beli pengecat kuku kot. Sebenarnya saya kerap terbaca teknologi pengecat kuku untuk matikan ikatan benang. Teringin lak nak cuba.

Tapi saya cuba untuk matikan ikatan riben. Lepas tu saya sapukan kat butang untuk lekatkan manik2 kecil tu.

Selamat mencuci mata.

Wednesday, 6 July 2011

Penanda Buku Riben

Assalamualaikum wb.

Kali ni saya nak berkongsi minat terbaru saya.... Membuat penanda buku.


Idea ni tercetus apabila saya dan suami kerap tercari2 penanda buku setiap kali membaca buku. Selalunya kami akan mencapai apa2 sahaja yang tercapai dek tangan; segala resit atau tiket hatta kulit gula2 atau coklat.

Bukan tak pernah beli penanda buku yang betul, tapi selalunya tak dapat dikesan sama ada sebab tercicir atau diculik oleh kanak2 cergas kat rumah ni.



Saya terjumpa idea ni kat internet tetapi riben nya tak terlekat pada buku macam ni. Yang ni adalah hasil dari beberapa percubaan saya. Bahagian ni akan melekatkan penanda tu kat buku yang dibaca. Kalau dah siap baca, boleh tanggalkan dan pasang kat buku lain pulak.


Kat hujung lagi satu, saya gantungkan charm mickey mouse. Yang ni memang best. Anak2 memang sentiasa je cari sebab nak baca buku, sebab nak main engan benda comel ni.

Setakat ni saya dah buat beberapa versi untuk suami dan anak2. Yang saya post kat atas ni, ialah untuk suami tersayang... :)


Yang ni pulak saya buatkan khas untuk sesiapa yang berkenan nak jadikan simpanan peribadi atau untuk dihadiahkan kepada rakan2 atau anak2 tersayang.

Boleh buat tempahan di Kedai Online Fatihah kalau berminat.

Monday, 2 May 2011

rose pouch and sun hat

Assalamualaikum wb...


Percubaan kedua saya untuk menghasilkan sesuatu untuk Hari Guru anak2....

Yang ni konon2nya pouch bunga ros yang menggunakan pattern pineapple pouch tapi saya kecikkan saiz dia. Sesuai untuk telefon bimbit.




Yang ni pulak konon2nya sunhat yang saya reka berinspirasikan rose pouch tapi saya buat lebih besar dan bahagian bukaannya saya capahkan untuk menjadi penghadang cahaya matahari.



Sun hat ni masih dalam proses. Tengoklah nanti macam mana agaknya hasilnya. Yang ni pun dah berapa kali dileraikan dan buat semula. Kira Try and Error la nampaknya.

Saya cuba ke kepala Asiah tapi tak muat. Cuba ke kepala Syazwan yang berusia 6 bulan, dan nampaknya muat la pulak. Maknanya saiznya adalah untuk bayi sekitar 6 bulan. Tapi Syazwan tak boleh pakai sebab warna dan gayanya tak sesuai untuk bayi lelaki.

Untuk siapa?.... Tunggu... :)

Cukup untuk kali ni.

Salam.

Thursday, 28 April 2011

pineapple pouch

Assalamualaikum wb.

Tak lama lagi Hari Guru. Selalunya anak2 akan mintak belikan sesuatu untuk dihadiahkan kepada guru mereka.

Tiba2 saya terfikir, kenapa tak buat sendiri?.. :)

Saya belek2 buku ni untuk cari idea yang sesuai...







Ini dia contoh yang saya nak buat...


Yang ni interprem jer.. :)



Persediaan....



Dua benang; kuning dan hijau...



JArum 4.0 mm..



Hasilnya......


kosong....


dan bila digunakan..


Asasnya saya ikut buku dan lepas tu saya ikut fikiran...



Insya'Allah saya akan buatkan 2 atau 3 lagi versi yang berbeza.....

Tunggu...
Salam....

Sunday, 24 April 2011

Topi Asiah dan kemaskini yang lain...

Assalamualaikum wb....

Ini topi Asiah yang baru siap dikait. Waktu ni, masih dalam peringkat akhir... Benang pun masih berjurai.... Abaikan kakak yang jadi latar belakang tu...


Nampak plain jer.. Jadi, bila nak keluar jalan tadi, saya sempat carikan pattern bunga ros dan kaitkan terus lekatkan di topi tu....

Hasilnya.......



Kepala tangga pun nak bergaya dengan topi ni.. :)



Giliran Asiah pulak yang bergaya dengan topi baru... Tapi nampaknya Asiah tak suka lah pakai topi ni... Nak kena pujuk baru nak pakai.. tu pun sekejap jer... lepas tu campak....


Ni pulak kopiah untuk suami yang baru siap walaupun dah lama projeknya dimulakan..



Kat bawah ni lak buku yang saya gunakan untuk buat kopiah ni.... Tapi saya sesuaikan sendiri sebab buku ni guna benang halus sedangkan saya guna benang besar...


Buku ni tak gunakan gambarajah tetapi singkatan dalam bahasa Melayu yang sama sekali berbeza dari singkatan yang biasa digunakan dalam bahasa Inggeris..

kta- kait tali air= chain
skk- sekali kait= slip stitch
dkk- dua kali kait= single crochet
sskb- separuh sekali belit= half double crochet
skb- sekali belit= double crochet
dkb- dua kali belit= triple crochet
tkb- tiga kali belit= ????
pn= perenggan= space
*- kait dari.

Setakat ini untuk kali ini...


Salam...

Monday, 4 April 2011

Lakaran Kehidupan

Assalamualaikum wb.

Mari bercerita pasal lukisan... Satu lagi sisi dari pelbagai sisi kehidupan saya yang baru saya terokai dan kenali... :)



Selepas beberapa percubaan melakar wajah (sekeping gambar Fatihah sewaktu kecil dan sekeping gambar kad pekerja suami), saya cabar diri untuk melakar wajah anak saudara saya yang comel ini. Saya ambik gambar dia guna hp dan berdasarkan gambar tersebut saya cuba pindahkan ke kertas lukisan.

Malam tu jugak saya siapkan. Saya siapkan dalam masa 2 jam. Sanggup bersengkang mata tu.. Selagi tak puas hati memang tak nak tidur. AKhirnya, pukul 2 pagi saya lelapkan mata selepas berpuas hati dengan usaha setakat kemampuan saya itu.

Bila saya upload kat fb, adik saya (Mak budak tu) suka... Lega.....


Yang pulak ialah percubaan pertama saya nak melukis ruang yang menekankan kepada sudut dan perspektif... Saya pakai redah jer. Gambar ni saya perolehi dari buku mengenai bilik hotel di Perancis....



Ni pulak coaster gelas kat hotel semasa saya menghadiri satu bengkel...


Ni pulak percubaan saya nak tiru buah ceri kat coaster tu.. Hehe... Saya buat ni sebab nak cari idea untuk menyumbang kat bengkel tu.. ;)




Yang ni pulak ialah dua buah buku yang saya jumpa waktu merayau2 kat MPH sebentar tadi... Sangat suka sebab kedua2 buku ni menyentuh mengenai asas2 melukis untuk mereka yang tak ada asas macam saya ni.

Dan kebetulan pulak ada yang menyentuh secara spesifik mengenai lukisan potret... Memang sangat suka...

Setakat ini dulu ya, untuk kali ini mengenai aktiviti kreatif saya sebagai seorang isteri, mama dan dot dot dot :)

Salam....

Mission Accomplished

  • Bigger Stationery Pouch (Hubby)
  • Pencil Pouch (Maryam)
  • Stylish Pen Case (Hubby)

My Card Making Blog List

My Blog List