Monday 17 October 2011

Kepala Bear Crochet

 Assalamualaikum wb..

Saya nak kongsi hasil crochet yang berjaya saya selesaikan hujung minggu lepas. Pattern dia saya dapat dari sini, All About Ami.


Ini bukan kali pertama saya cuba buat kepala beruang ni. Saya dah pernah buat dulu2 waktu saya mula berjinak2 kembali dengan dunia crochet.

Percubaan pertama.


Sekarang bila dah yakin sikit, saya nak cuba buat betul2..
Dah nak siap. Masukkan isian lembut sebelum ditutp sepenuhnya.
Untuk stuffing ni, saya masukkan juga perca lebihan kain jahitan. Tu yang buat dia lebih padat berbanding kepala bear yang saya buat sebelum ni.
Dah padat, tutup sepenuhnya dan gunting lebihan benang

Nampak cantik je bentuk bulat dia kan... Mungkin sebab perca kain tu kot.
Bila sampai bahagian nak jahit telinga ni, saya mula gelabah. Tak tahu macamana nak jahit supaya  nampak macam contoh di laman web tu. Saya godek2 youtube dan jumpalah klip video ni  Making Bear Ear. Alhamdulillah berjaya.

Hasilnya....


Mata tu sepatutnya guna safety eye yanh khas untuk plush toy/ softies. Saya memang ada benda ni, tapi tak dapat pakai. Tak tahu la memang benda tu bermasalah atau saya yang tak pandai pakai. Lepas tu saya nak pakai wiggle eye, tapi bila nak pasang, kecil sangat macam tak sesuai lah pulak. Akhirnya saya buat jahit silang je guna benang kait warna hitam. Fatihah kata macam bear dah mati. :)




Saya letak dua2 versi bear bersebelahan.. Ada perbezaan tak?..


Lepas tu saya pasang jump ring kat kepala tu, sambungkan rantai dan masukkan jump ring besar..

Tadaaa....


Rantai Kunci Kepala Bear
Selamat mencuba..







2 comments:

  1. hi..sy nisa..sya bru bejinak2 dgn amigurumi ni..kalo x keberatan bole x gtau kt mane eh nk beli safety eye? dh puas godek2 kat google cri kot2 ad jual on9 kat m'sia..harap dpat membantu ^^

    ReplyDelete
  2. Hi nisa.

    Saya ada byk stok safety eye ni. Tapi masalahnya saya tak dpt gunakan. Tak tahu sama ada benda tu ada problem, atau saya tak reti pakai. Mulanya saya nak jual online, tapi bila dah macam tu, tak berani pulak saya nak pasarkan. Kalau search dlm internet memang susah nak jumpa yg kat msia. Sebab tu hari tu saya order terus dari china. Tapi pembekal kata, mcm saya yg tak reti pasangkan. Entahlah. Kalau nak maklumat lanjut, boleh emel saya terus di maryam.insyirah@gmail.com.

    Harap serba sedikit dpt membantu nisaa. Terima kasih ya.

    ReplyDelete

Mission Accomplished

  • Bigger Stationery Pouch (Hubby)
  • Pencil Pouch (Maryam)
  • Stylish Pen Case (Hubby)

My Card Making Blog List

My Blog List