Assalamualaikum wb...
Akhir- akhir ini saya cenderung terhadap kraf dari bahan- bahan terpakai seperti cawan kertas dan cawan plastik kecil bekas promosi makanan di pasaraya.
Sebab tu lah terhasilnya bekas serba guna dari cawan kertas Starbucks hari tu.
Kali ni sedang dalam peringkat akhir menyiapkan pasu mini hiasan meja dari bekas sukatan ubat sirap. Idea buat ni saya kumpulkan dari pelbagai projek di internet. Jadi saya tak dapat bagi link sebab saya tak ada projek tertentu yang dirujuk.
Bahan2:
Bekas sukatan ubat sirap
Batang pencungkil
Plastisin
Kertas pembungkus hadiah
Mata patung
Tali kraf buku skrap
Kotak tebal
Foam kraf berglitter
Cat poster
Gam
Masih ada satu lagi toothpick yang belum tahu nak letak apa... |
Saya juga sedang dalam percubaan pertama mengait bekas simpan pensil dari botol minuman yogurt. Link untuk tutorial asal projek ni boleh diperolehi di bahagian My Favourite Tutorial Link kat sudut atas kiri blog ni.
Latarbelakang adalah permainan kegemaran saya di FaceBook; Treasure Madness... :) Sambil menyelam, sambil mengait.. |
Harap2 kedua2nya akan dapat disiapkan dalam masa yang terdekat.
No comments:
Post a Comment