Thursday 20 October 2011

Rantai Kunci dari Craft Foam

Assalamualaikum wb...

Hujung minggu lepas waktu sessi kreatif bersama anak2, kami sempat buat rantai kunci dari craft foam.


Bahan2:

Craft Foam
 Kertas Tisu

Cat poster
gam

1. Mula- mula, potongkan craft foam mengikut bentuk yang diinginkan. Bolah guna templet atau secara bebas. Maryam nak buat buah oren. Jadi saya buat je ikut bentuk bulat mana2 penutup botol yang ada. Fatihah pulak nak buat tembikai. Dia dah siap2 lukis sendiri bentuk tembikai tu. Bentuk hati pulak saya buat ikut tangan bebas aje. Lipat foam kepada dua dan gunting bentuk separuh hati.

2. Kemudian sapukan gam pva kat foam tu. Lepas tu balut dengan kertas tisu dan biarkan kering. Untuk bentuk hati tu, saya gamkan kertas putih terlebih dahulu. Kemudian saya lapiskan sekali lagi dengan kertas tisu.

3. Bila dah kering, catkan bentuk2 tadi mengikut kemahuan sendiri.

4. Bila cat kering, semburkan dengan penyembur cat tanpa warna supaya ia berkilat dan lebih tahan.

5. Bila dah siap, buatkan lubang dan pasangkan rantai kunci.

Hasilnya......
Dah jadi rantai beg Asiah
Ni pulak rantai kunci buah oren Maryam. Bentuk hati untuk hadiah harijadi kawan Fatihah. Saya bubuh glitter dan tulis sikit pakai pen silver.
Boleh jadi aktiviti bersama anak2 yang mudah untuk dibuat bersama2.

Selamat mencuba.

2 comments:

  1. Assalamualaikum Khadija,

    Thanks for the visit.

    I was trying to look at the craft through your eyes and tadaaa... :)..
    Really admiring your level of creativity which reflected from all your projects... :)

    ReplyDelete

Mission Accomplished

  • Bigger Stationery Pouch (Hubby)
  • Pencil Pouch (Maryam)
  • Stylish Pen Case (Hubby)

My Card Making Blog List

My Blog List