Assalamualaikum wb..
Fatihah dah sound cakap kawan dia birthday tak lama lagi. Nak saya sediakan hadiah. Sekarang ni dia pantang tengok saya godek2 kraf sikit, mula tanya untuk dia ke?.. :)
Saya pun tak tahu nak buatkan apa sebagai hadiah kepada kawan Fatihah. Sebenarnya saya memang galakkan Fatihah hadiahkan barangan buatan sendiri apabila memerlukan menyediakan hadiah. Kalau tak pun, hadiahkan buku.
Tapi Fatihah cakap tak nak bagi buku dah. Kerap sangat dah bagi buku. Mentang2 lah dia boleh buat wishlist kat mama. Tapi tak lah mama ni macam mana.. :). Kalau buat sesuatu, rasanya lagi cepat siput bergerak.
Apa2 pun, saya sedang dalam buat sesuatu yang saya perolehi ideanya dari blog kraf ni; All About Ami. Banyak projek yang menarik yang dia kongsikan kat laman webnya tu.
Kita tengok nanti, macamana hasilnya ya.. Harap2 sempat siap dan selamat sampai ke tangan bakal tuan punya yang bertuah tu.. :)
MFT's You Are Not Alone Card Kit Release
-
Hello, it's time!! MFT's latest card kit, You Are Not Alone, is now
available for purchase in the MFT Online Boutique!! Be sure to stop by the MFT
...
8 months ago
seronoknya kalau pandai dan berseni kan..semua boleh buat sendiri.saya nie nak sangat belajar mengait nie..tp rasanya kalau xberguru dengan tuan guru,setakat tgk dlm internet dan youtube xjadik rasanya.....
ReplyDeleteAssalamualaikum Shafida,
ReplyDeleteBoleh je cuba belajar sendiri Shafida. Terutama mengait ni.. Saya tengok kat internet, ramai yang mula2 mengait tu pandai2 sendiri. Saya pun asas mengait dulu cuba2 je waktu budak2 dulu. Kalau Shafida pandai buat teknik "tali air" je, mesti boleh mula dah... Kalau nak, saya boleh tolong sikit2 setakat mana yang saya tau...
Terima kasih ya jenguk blog saya yang tak seberapa ni... :)