Assalamualaikum wb..
Saya kerap benar mulakan projek crochet yang tak siap2. Sebabnya ialah, saya mudah jemu.
Jadi saya fikir2 macamana nak buat projek kita kait sekejap je dah besar. Sebab kalau kecik lama sangat, tu yang buat saya jemu. Kalau tengok projek tu dah nampak bentuknya, semangat sikit nak teruskan.
Fikir punya fikir, saya rasa kalau pakai benang besar mesti cepat projek tu besar. Tapi saya tak ada benang yang besar. penyelesaiannya, saya capai tiga benang dan cari jarum saiz besar. Saya pakai redah je tanpa rancang saya nak buat apa.
|
Benang tiga warna; merah coklat dan biru saya kaitkan secara spiral. Guna jarum 8 mm. |
Hasilnya setakat ni.....
|
Benang ungu tu saya jadikan marker untuk kira pusingan dia. |
Nanti kita tengok apa yang jadi.. (Kalau jadi lah... :)
Seterusnya saya cuba buat projek amigurumi berdasarkan buku crochet ni; saya perolehi dari MPH. Kalau pembelian macam ni memang saya anggap rezeki sebab sangat sukar nak tengok buku2 macam ni kat kedai buku tempatan.
|
Comel kan gambar2 dia... |
|
Ni salah satu dari projek dalam buku tu... |
|
Saya pilih yang saya rasa paling mudah.. Jadi, saya pilih bear yang comel ni.. |
|
Ni dia bear yang masih "Work in Progress" |
Jumpa lagi dan selamat berkreatif...
very nice :) Love it !!!
ReplyDeleteAssalamualaikum Khadija,
ReplyDeleteThanks very much. Still dont know into what the triple-colour crochet would turn out.
Thanks again.. :)