Assalamualaikum....
Kali ni saya nak berkongsi kraf masakan pulak. Seperti yang dimaklumi oleh orang2 yang mengenali diri saya, saya memang dalam kategori tidak pandai masak. Mak seorang yang rajin masak, lepas tu bila kahwin, terus ada pembantu.
Tapi, akhir2 ni, bila pembantu saya dah berhenti, sementara nak tunggu pembantu baru, saya mula "sampai seru" nak belajar masak. Bermula dengan mencuba masakan yang paling mudah, Sup Ayam (hehe.. memang paling mudah) pada bulan puasa lepas, saya cuba memasak sendiri Ayam Masak Kicap semasa raya. Dua tiga hari lepas saya mencuba pulak masak Perut Masak Lemak Cili Api dan Ayam Masak Merah.
Seperti biasa, semua resepi2 tu saya "godek" dari internet. Tapi seperti biasa juga, saya akan dgn kreatifnya meminda di mana yang patut bersesuaian dengan bahan2 yang ada di dalam perti sejuk.
Dipendekkan cerita, saya boleh dikatakan berpuas hati dengan Ayam Masak Merah yang resipi asalnya saya perolehi dari Laman Web Chef Hanieliza di sini. Dijamin sedap resipi Chef ni.
Yang ni pulak resipi Ayam Masak Merah versi saya:
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam ..dipotong kecil..bersihkan dan bubuh kunyit & garam dan goreng. (Yang ni boleh suruh orang kedai potongkan kecil, atau mintak tolong suami jer... :)
Bahan untuk dikisar:
3 tangkai cili kering} ikut tahap kepedasan yang diinginkan,
2 tangkai cili merah} tahap saya ni sederhana pedas. Masih boleh dikurangkan lagi untuk yang tidak tahan pedas.
3 ulas bawang merah
2 cm halia
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 btng serai
2 S/B tomato sos
1 sudu kecil sos cili.
bawang besar,,potong gelang
minyak masak
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
3 helai daun limau purut
Bahan untuk ditumis awal:
2 ulas bawang merah}
1 ulas bawang merah} Dipotong halus
1 cm halia}
dua bunga kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
5 biji rempah yang putih tu (saya tak boleh ingat nama dia masa ni)
Cara:
1. Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bawang dan halia. Kemudian masukkan rempah tumis. Goreng sehingga bawang dan halia hampir garing dan masukkan bahan2 yang dikisar. Goreng sehingga garing.
2. Masukkan sos tomato dan cili, garam dan gula sukup rasa (Anggaran secubit) . Saya masukkan sedikit sahaja garam kerana ayam memang dah digaramkan awal2. Kacau sehingga bahan2 masak.
3. Setelah itu masukkan ayam dan bawang besar.
4. Gaulkan hingga sebati dan rata.
5. Untuk memastikan kuah masak merah tu mesra dengan ayam, masukkan secawan air dan gaulkan semula. Tutup kuali sehingga kuah kering seperti mana yang kita inginkan.
(Langkah 5 ni saya pandai2 sendiri bubuh, sebab sebelum2 ni saya hairan, kenapa ayam masak merah saya tak mesra dengan kuah dia.) Kalau orang pakar masak, memang dah tau dah benda ni, tapi memandangkan status saya ni, bila tak tulis dalam resepi, memang tak tau la.
6. Bila dah cukup masak, koyakkan dan masukkan daun limau purut dan gaul seketika.
7. Angkat dan hidangkan. (Tapi sebelum tu, ambil sesudu untuk suruh suami rasa).. :)
Saya sengaja buat langkah2 nya dengan terperinci khas untuk rakan2 seperti saya (ada ke yang tak pandai masak macam saya ni?).
Mana2 bahan2 yang saya italik berwarna merah tu maknanya saya dah kreatifkan atau saya tambah sendiri. Untuk resepi yang memang asal dari Chef, yang memang dijamin kesedapannya, klik kat laman dia ya.. :)
Selamat Mencuba. Kalau saya dapat buat, maknanya sangat senang lah itu... :)
MFT's You Are Not Alone Card Kit Release
-
Hello, it's time!! MFT's latest card kit, You Are Not Alone, is now
available for purchase in the MFT Online Boutique!! Be sure to stop by the MFT
...
8 months ago
No comments:
Post a Comment