Friday 25 February 2011

Kasut Baby Hannah


Assalamualaikum wbkt...

Saya masih lagi menyiapkan projek kopiah ada nama. Setakat ni baru status projek baru 40% sebab bahagian yang penting iaitu namanya belum bermula lagi.


Yang ni ialah bahagian atas kepala. Kalau dalam istilah crochet diaorang sebut crown. Lepas ni kena kekalkan bilangan mata kait supaya ia menjadi bentuk botol turun ke bawah. Dan kat situ le nanti saya kena masukkan bahagian nama tu... Macamana ye?.. hhmmm....

Tak kisah lah... Yang pastinya, sekarang saya dah tak boleh tahan godaan nak cuba buat kasut baby atau dipanggil booties. Ini kiranya salah satu projek impian saya..

Yalah... saya tahu.. semuanya saya nak buat, kan?...

Sebenarnya kasut baby ni saya janji nak hadiahkan kepada follower pertama blog ni, Fatihah. Untuk baby hannah, yang berusia 10 bulan.

Sebelum ni saya pernah cuba nak kaitkan booties ni ikut pattern kat internet. Tapi, tak pernah menjadi. Semuanya jadi saiz mini lak. Pasang kat keychain bolehlah. Kalau tak pun, untuk kasut kucing. Rasanya sebab saiz jarum yang saya pakai ni amat kecil berbanding dgn saiz jarum yang ditetapkan untuk projek tu.

Saya dah tempah pun jarum macam yang diorang dalam internet tu selalu pakai, tapi belum sampai lagi. Bilalah agaknya tu ya?...

Dan saya ni, jenis yang kurang sikit tahap kesabarannya dah runtuh benteng kesabaran tu. Tengahari tadi saya cuba jugak kaitkan kasut tu berdasarkan pattern kat internet tapi lepas satu peringkat saya kena "goreng" sendiri.

Hasilnya.....


Musykil betul saya. Cukup ke tak yek?. ....Waktu Asiah 10 bulan dulu lupa lak nak intai kaki dia.

Saya dah tanya Fatihah panjang kaki baby Hannah, 11 cm. Bila saya dah mula kait, baru saya teringat yang saya tak tahu saiz lebar kaki. Kalau ikut yang saya kaitkan tu, lebar dia dah 6 cm.


Kat dalam simpanan saya ada sepasang kasut bayi yang Asiah tak sempat pakai sebab dah tak muat pun bila dia dah pandai jalan.

Kasut ni panjang dia 12 cm. PAnjang sikit dari kaki Hannah. Tapi lebar dia 4 - 5 cm jer.

Hmmm... Rasanya, okay tak kalau saya teruskan kait kasut pink tu?

Atau rungkai kan balik dan kaitkan kecik sedikit?.

Tapi......

Saya tak pasti la ingat lagi tak kiraan dia, sebab waktu saya kaitkan tadi saya ikut sedap tangan jer....

Alamak..... Macamana nak buat sebelah lagi?... ???????

No comments:

Post a Comment

Mission Accomplished

  • Bigger Stationery Pouch (Hubby)
  • Pencil Pouch (Maryam)
  • Stylish Pen Case (Hubby)

My Card Making Blog List

My Blog List