Friday, 25 February 2011

Kasut Baby Hannah


Assalamualaikum wbkt...

Saya masih lagi menyiapkan projek kopiah ada nama. Setakat ni baru status projek baru 40% sebab bahagian yang penting iaitu namanya belum bermula lagi.


Yang ni ialah bahagian atas kepala. Kalau dalam istilah crochet diaorang sebut crown. Lepas ni kena kekalkan bilangan mata kait supaya ia menjadi bentuk botol turun ke bawah. Dan kat situ le nanti saya kena masukkan bahagian nama tu... Macamana ye?.. hhmmm....

Tak kisah lah... Yang pastinya, sekarang saya dah tak boleh tahan godaan nak cuba buat kasut baby atau dipanggil booties. Ini kiranya salah satu projek impian saya..

Yalah... saya tahu.. semuanya saya nak buat, kan?...

Sebenarnya kasut baby ni saya janji nak hadiahkan kepada follower pertama blog ni, Fatihah. Untuk baby hannah, yang berusia 10 bulan.

Sebelum ni saya pernah cuba nak kaitkan booties ni ikut pattern kat internet. Tapi, tak pernah menjadi. Semuanya jadi saiz mini lak. Pasang kat keychain bolehlah. Kalau tak pun, untuk kasut kucing. Rasanya sebab saiz jarum yang saya pakai ni amat kecil berbanding dgn saiz jarum yang ditetapkan untuk projek tu.

Saya dah tempah pun jarum macam yang diorang dalam internet tu selalu pakai, tapi belum sampai lagi. Bilalah agaknya tu ya?...

Dan saya ni, jenis yang kurang sikit tahap kesabarannya dah runtuh benteng kesabaran tu. Tengahari tadi saya cuba jugak kaitkan kasut tu berdasarkan pattern kat internet tapi lepas satu peringkat saya kena "goreng" sendiri.

Hasilnya.....


Musykil betul saya. Cukup ke tak yek?. ....Waktu Asiah 10 bulan dulu lupa lak nak intai kaki dia.

Saya dah tanya Fatihah panjang kaki baby Hannah, 11 cm. Bila saya dah mula kait, baru saya teringat yang saya tak tahu saiz lebar kaki. Kalau ikut yang saya kaitkan tu, lebar dia dah 6 cm.


Kat dalam simpanan saya ada sepasang kasut bayi yang Asiah tak sempat pakai sebab dah tak muat pun bila dia dah pandai jalan.

Kasut ni panjang dia 12 cm. PAnjang sikit dari kaki Hannah. Tapi lebar dia 4 - 5 cm jer.

Hmmm... Rasanya, okay tak kalau saya teruskan kait kasut pink tu?

Atau rungkai kan balik dan kaitkan kecik sedikit?.

Tapi......

Saya tak pasti la ingat lagi tak kiraan dia, sebab waktu saya kaitkan tadi saya ikut sedap tangan jer....

Alamak..... Macamana nak buat sebelah lagi?... ???????

Thursday, 24 February 2011

Kait Jarum Satu



Salam....

Kalau nak tahu, dalam bahasa Melayu, Krosye atau Crochet ni disebut kait jarum satu. Saya rasa mungkin sebab dibandingkan dengan knitting yang menggunakan dua jarum, krosye ni cuma memerlukan satu jarum je.

Sebut pasal knitting ni, saya sebenarnya pernah jugak cuba nak belajar. Sehingga saya beli dua jarum dan sebuah buku. Tapi rasanya, setakat ni saya rasa saya tetap lebih seronok buat kait jarum satu ni.

Knitting tu memang cantik hasil dia, tapi rasa sukar berbanding krosye sebab krosye ada cangkuk kat hujung jarum dia. Kalau knitting tu, licin jer... Mungkin saya belum biasa lagi kot. Tapi saya tetap nak kata krosye lebih mudah... Sebab saya boleh pandai mengait tanpa orang ajar pun. Waktu kecik pulak tu. Knitting ni, siap ada buku dan saya belajar waktu dah keluar uni, tapi tak jugak reti2....

Entahlah... Tapi setakat ni memang rasa serikk nak belajar knitting balik..Mungkin esok lusa, bila dh hilang seriknya dan dan mula jemu dgn krosye, saya cuba semula. Tapi lambat lagi kot, sebab banyak lagi benda krosye yang saya belum cuba.. hehe...

Sebenarnya saya saja je buat entri ni sementara nak tunggu kopiah Syazwan yang ada nama tu siap.. Bila agaknya ya... Sekarang ni pun tengah buat penyelidikan macamana nak buat yang ada nama tu...



Kali ni mama Syazwan nak warna cream lak. Saya memandai2 jer guna warna yang terang sikit. Lagi cantik, kan?.... Benang yang saya pakai ni ialah jenama Minlon. Selama ni pun saya belum pernah jumpa benang jenama lain kat tempat saya. Memang minlon je le. Tapi saya tengok dalam internet, macam2 jenis benang yang ada.

Nantilah, kalau saya dah ada jarum yang sesuai dan dah pandai sikit, teringin jugak saya nak cuba benang2 tu. Kalau tengok harga memang jauh lebih mahal dari benang yang saya pakai sekarang, sebab tu rasa sayang nak cuba sekarang. KAng rosak pulak benang tu... :)

Sampai jumpa lagi...

Salam...

Tuesday, 22 February 2011

Pendrive case dan keychain

Keychain gaun mini dah tergantung di beg Fatihah..


Di antara percubaan awal saya sebaik sahaja faham bahasa crochet ....


Pen drive case ni saya reka sendiri... Bunga lak saya ambil pattern dari internet...


Banyak lagi pattern mini dress ni yang belum saya cuba...


Layan......

Kopiah Syazwan dah siap...


Pandangan dari atas...


Pandangan dari tepi...


Model dari Jepun kena gayakan dulu.


Sayu je Syazwan.. :)


Handsome lah Syazwan.. :)

Kalau nak baca "crochelog" saya mengenai kopiah ni, sila lawat di sini ya...

Salam.

Thursday, 17 February 2011

Flower key cozy


Alhamdulillah dah siap.... 99%.. hehe..

Sebab sepatutnya ada bunga.. tak sabar2 lah pulak nak kongsi kat sini...


Yang istimewanya benda ni, kalau kita tarikkan tali merah dia ke luar, kunci2 kita tak nampak dah... Jadi, nampak le kemas dan comel, kan...

Ni pandangan dari sudut atas. Saya perolehi pattern dia dari link kat bawah ni. Pattern ni dia beri secara percuma dan sapa2 boleh jualkan barang ni tetapi tak boleh jual pattern dia. Tapi kita boleh edarkan pattern ni secara percuma. Memang baik hati dia ni.. :)

Mungkin saya akan cuba buat dua tiga versi yang berbeza. Seronok buat sebab dia boleh siap dalam jangka masa yang pendek. Kalau buat projek yang perlu masa lama memang saya berat sikit. Silap2 jadi UFO (UnFinished Object) lak.

The original pattern is available on the blog of K and J Dolls: http://kandjdolls.blogspot.com

Selamat cuci mata...

Salam...

Wednesday, 16 February 2011

Dengan Nama Allah....

Dengan Nama Allah, saya mulakan blog kreatif saya ini. Insya'Allah, ruang ini akan saya manfaatkan untuk saya berkongsi apa- apa sahaja yang berkaitan dunia kreatif saya.

Untuk permulaan, mari kita tengok apa yang hasil kreatif saya yang terbaru. Sebenarnya, ni semua percubaan pertama saya. Selama ni memang pandai mengait, tapi setakat boleh buat benda yang mudah2 jer seperti alas meja. Itu pun tak tahu teknik yang betul. Cuma setakat tengok hasil yang orang lain buat jer. Kiranya macam orang yang boleh cakap mandarin tapi tak pandai baca tulisannya... :)

Mintak mahap atas mutu gambar2 yang kurang jelas sebab yang ambik gambarnya ialah jurufoto amatur yang baru berumur 6 tahun. Kalau ada masa nanti saya cuba ambik betul2.. Saya ni kalau pasal upload gambar memang "kureng" sikit kerajinannya...

Segelas coklat panas berkrim putar


Beruang kecil yang kesian.. hehe..



Sebelah kasut merah Sinderella..





Kepala beruang yang lagi kesian..

Semua pattern ni saya ambil dari internet.. Nanti ada masa, saya buat pautan kat sini..

Selamat mencuci mata ya.. Harap mata tak sakit, sebab semua ni hasil yang masih amat amatur..

Salam..

Mission Accomplished

  • Bigger Stationery Pouch (Hubby)
  • Pencil Pouch (Maryam)
  • Stylish Pen Case (Hubby)

My Card Making Blog List

My Blog List