Thursday 24 March 2011

Kad Hari Jadi

Sebentar tadi Fatihah tanya nak hadiah apa kat kawan sekelas dia yang meraikan hari jadi esok hari.

Saya cadangkan buat kad dan berikan hasil tangan sendiri.

Hasilnya...




Brooch rama2 dari kain felt. Dihias dgn butang bunga dan bunga dari riben.


Sekeping kad berwarna hijau. Kat depan dihias dengan gambar kasut tumit tinggi. Yang tu saya tolong Fatihah buatkan manakala selebihnya Fatihah buat sendiri..

Salam...

Thursday 17 March 2011

Sketch up your life..

Assalamualaikum wb...

Apa cerita dengan sketch up your life ni?...

Suami kata dia nak mulakan satu hobi sendiri memandangkan saya sedang ligat dengat crochet... Dia kata nak melukis sebab dulu2 dia pernah melukis... Saya sokong keinginan dia....

Semalam kami beli alat2 asas melukis; pensel warna dan kertas lukisan. Siang tadi saya potong2kan kertas lukisan B2 kepada 4 bahagian kecil.

Tadi suami mulakan aktiviti melukis dia... Inilah dia hasilnya....

Cantik tak?..

Saya pulak, seperti biasa , sentiasa cari peluang nak menyukarkan kehidupan saya... Apa dia cahaya mentol yang keluar dari kepala saya?...

Kenapa saya tak nak cuba juga melukis?... :)


Hahaha.....

Kenapa saya gelak?.. Sebab, dalam banyak2 benda kat dalam dunia nih, melukis le di antara benda2 yang saya tak pernah bermimpi nak buat sebab setahu saya, saya memang tak pandai melukis..

Tapi.... Seperti kata Mawi dalam Filem Magika...

"Tiada yang mustahil dengan kuasa imaginasi"

Tak rugi untuk mencuba.. Betul tak?..

Jadi, tengahari tadi saya shopping alatan saya pulak; beberapa batang pensel, pemadam dan pengasah pensel..

Saya guna 3 contoh dalam buku lukisan suami untuk panduan ....






Dan hasilnya....

Jeng... Jeng.. Jeng...




Inilah lakaran pertama saya....



Ini lak dua lakaran saya yang seterusnya..

So, macamana?.. Boleh tak saya teruskan mengasah bakat di hujung pensel nih?..:)



Seterusnya kemaskini aktiviti crochet saya sepanjang minggu lepas...

Cardigan Fatihah... Baru siap lengan sebelah tapi benang dah habis....



Topi Asiah pun separuh jalan sebab benang setongkol dah habis...



Dua helai Granny square untuk beg buku suami....

Cukup setakat ini...

Salam...

Friday 11 March 2011

Camera Cosy

Assalamualaikum wb.

Apa pulak cerita kali ni?.

Tengahari tadi, saya tiba2 datang ilham nak buat sesuatu yang menggunakan benang lebih dari dua warna. Tapi tak berani nak buat yang leper. Jadi, saya terus capai jarum kait dan tiga benang dari beg (dua tiga menjak ni memang bawak benang dan jarum pergi kerja).

Saya terus je mengait tanpa merancang apa yang saya nak buat dan corak apa yang akan muncul.

Hasilnya?....


Tadaa.....



Inilah beg kamera digital atau camera cozy saya yang pertama dihasilkan....


Ada flap dan butang.. Flap tu saya mengarut jer buat..


Kat atas dia ada lubang utk bubuh tali kamera... Tali tu tak bersambung dengan kamera pun.. :).. Dah kamera nya digunakan untuk tangkap gambar ni.. :)



Ni pulak corak di bahagian belakang...




Dan yang ni ialah tuan puteri kecil saya.. Sila abaikan pemandangan yang menjadi latar belakang.. :)

Salam....

Thursday 10 March 2011

Apa ni?

Assalamualaikum wb....




Tiba2 pulak saya rajin upload hari ni...

Apa yang saya buat nih?...

Cuba teka... Tapi tak berani nak tawarkan hadiah kalau betul sebab door gift yang dijanjikan pun belum ditunaikan...




Ni pulak saya ambil gambar jarak dekat sedikit... Tapi memang tak nampak, kan?...

Sebab benda ni saya hentikan dulu separuh... Pening kepala.... :)..

Ini merupakan percubaan pertama saya (lagi sekali pertamanya) untuk buat crochet dua benang dalam bentuk flat (leper ke?.. ) sebab hari tu saya buat dalam bentuk bulat bersambung (kopiah). Seperti biasa, ambil jalan selamat dengan cuba buat benda yang kecik je...

Kalau bentuk bulat bersambung rasanya lebih mudah berbanding dengan leper kerana dia tak payah dikait berulang alik... Pusing jer sampai habis...

Kita tengok nanti jadi tak seperti yang dirancangkan... Saya siap buat guna kertas graf lagi.. Tak dapat jadi pro, guna macam yang pro buat pun jadi lah....

Buku Colour Harmony pun ada.. Jangan main2.. :)

Okaylah... Nanti kita cerita panjang lagi bila dah siap.. Harap2 nya dalam jangka masa yang terdekat.....

Salam....

Bunny key chains dan lain2...

Assalamualaikum wb.

Kemaskini aktiviti sepanjang minggu lepas.




Akhirnya saya berjaya siapkan bunny keychain tempahan kawan Fatihah setelah sekian lama.... Dah nak merajuk dah budak2 tu.. Maaf lah ya anak2... Auntie ni memang lambat sikit.. Baru nak panaskan enjin....

Ni pulak kopiah Syazwan yang ada nama tu... Tapi Syazwan belum boleh pakai la... Kata Mamanya, ada besar sedikit.... Sorry Sayzwan... Jangan serik ya...




Yang ni pulak ialah mini dress Maryam... Merengek2 sebab saya buatkan 2 mini dress untuk kawan2 Fatihah (tak sempat ambik gambar).... Ni saya buat dengan teknik anyaman (tapestry) yang saya baru belajar bila buat kopiah Syazwan. Rasa macam teruja lak dengan teknik ni ....



Ni pulak projek lama, beg syiling.. Saya buat waktu mula2 belajar hari tu... Tapi tak sempat siap sebab Asiah dah tak boleh tahan nak main...

Ini pulak ialah Pen drive case pelbagai warna yang saya buat sebagai percubaan. Kira pola saya sendiri sebab main cuba2 jer tanpa merujuk mana2 pattern sedia ada. Dah buat lama tapi belum sempat nak upload. Minggu lepas saya sempat buatkan satu untuk abang saya yang kebetulan balik kampung. Pun tak sempat ambik gambar.

Setakat ini sahaja perkembangan kali ini... :)

Salam...

Wednesday 9 March 2011

How To read a Crochet Pattern

5 RabiulAkhir 1432 H.

Assalamualaikum wb...

Cabaran saya sewaktu mula2 nak kembali berjinak dengan krosye (crochet) ialah untuk membaca pola(pattern)nya yang menggunakan ringkasan khusus.

Apa yang saya lakukan waktu tu (beberapa bulan lalu) ialah saya cari pola yang ada menyertakan klip video cara mengait langkah2 yang sama. Lepas tu saya baca pola dan pada masa yang sama tengok klip tu untuk mengetahui singkatan tertentu tu sebenarnya mewakili teknik apa.

Sebentar tadi saya terjumpa satu laman yang menyentuh perkara ini. Saya rasa amat berguna untuk mereka yang berada di situasi yang pernah saya lalui dulu.

Rasanya, kalau saya jumpa benda ni, mungkin lebih mudah untuk saya belajar baca pola. Jenuh saya tunggu klip video tu streaming....

Tapi tak apa.... Kalau nak belajar, kena kuat dan tabah walaupun sukar. Dan saya harap dengan membaca dari laman ni (http://www.crochetnmore.com/123readapattern.htm- ringkas jer) akan membantu kawan2 yang nak berjinak2 dengan krosye.

Kalau nak tanya kat saya serba sedikit (kalau advance sgt, tak dpt la saya bantu) kalau kurang faham, boleh juga. Tinggal komen kat sini atau boleh emel saya.


Salam.

Mission Accomplished

  • Bigger Stationery Pouch (Hubby)
  • Pencil Pouch (Maryam)
  • Stylish Pen Case (Hubby)

My Card Making Blog List

My Blog List